Nama                            : Suthashny A/P Ramesh

Umur                            : 19 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Latar belakang

Suthashny merupakan pelajar sekolah SMK Undang Jelebu dan baru sahaja menamatkan sesi persekolahannya dan telah selesai menjalani peperiksaan SPM ulangan. Kediaman Suthashny dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Suthashny untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Suthashny kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, Suthashny mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang. Dia juga kerap melayari laman web e-pembelajaran dan menyertai e-tuisyen di PIK bagi membuat latihan serta mengulangkaji subjek SPM. Peningkatan kemahiran ICT Suthashny telah membantu serta memudahkan proses pembelajarannya dalam menghadapi SPM kali ini. Suthashny juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sebayanya serta adiknya dalam menggunakan komputer. Selain belajar kemahiran ICT, Suthashny turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti menghasilkan poster secara atas talian, membuat suntingan video menggunakan aplikasi yang mudah dan sebagainya.