Nama                              : Norrafidah Binti Abas

Umur                              : 37 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2020

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual aiskrim, pau dan karipap frozen.

 

Latar belakang

Pn. Fida adalah seorang suri rumah. Namun itu tidaklah menjadi penghalang untuk dia berjaya. Kini beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual aiskrim, pau dan karipap frozen dan produk yang dijual ini sangat sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, Puan Fida menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Fida kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk aiskrim, pau dan karipap frozen. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan  antara RM1000.00 hingga RM2000.00. Beliau turut memasarkan produk di rumahnya secara kecil-kecilan.