Nama                              : Rosdalilah Binti Muhamad

Umur                              : 40 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual kek,biskut dan makanan dari Mamasab serta bantal jenama Leyna.

 

Latar belakang

Pn. Rosdalilah adalah seorang suri rumah. Namun itu tidaklah menjadi penghalang untuk dia berjaya. Kini beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual kek,biskut dan makanan dari Mamasab , serta bantal jenama Leyna. dan produk yang dijual ini sangat sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, Puan Rosdalilah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Rosdalilah kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk yang mendapat sambutan dan permintaan dari kalangan penduduk setempat. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan dan keuntungan beliau sebulan meningkat dalam 10% dari modal yang telah beliau keluarkan . Beliau turut memasarkan produk di paltform digital secara kecil-kecilan.