Nama                            : Naveena A/P Ramesh

Umur                            : 16 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2021

 

Latar belakang

Naveena merupakan pelajar sekolah SMK Undang Jelebu dan sedang belajar di tingkatan 4. Kediaman Naveena dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Naveena untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Naveena kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet. Malahan, kerja sekolah Naveena banyak yang memerlukan penggunaan Microsoft Office terutama Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, Naveena mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang. Dia juga kerap melayari laman web e-pembelajaran dan menyertai e-tuisyen di PIK bagi membuat latihan serta mengulangkaji subjek yang susah. Peningkatan kemahiran ICT Naveena telah membantu serta memudahkan proses pembelajarannya kali ini. Naveena juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sebayanya dalam menggunakan komputer. Selain belajar kemahiran ICT, Naveena turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti menghasilkan poster secara atas talian, membuat suntingan video menggunakan aplikasi yang mudah dan sebagainya.