Nama                            : Maisara Binti Tengku Andrian

Umur                            : 45 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

Latar belakang

Puan Maisara merupakan salah seorang penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet . Kediaman Puan Maisara dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Puan Maisara untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Puan Maisara kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet. Malahan, banyak perkara penting yang memerlukan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, Puan Maisara mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang. Dia juga kerap melayari laman web penting seperti laman web temunjanji imigresen,malahan beliau turut menghantar anaknya menyertai e-tuisyen di PIK bagi membuat latihan serta mengulangkaji subjek yang susah. Peningkatan kemahiran ICT Puan Maisara telah membantu serta memudahkan urusannya. Puan Maisara juga mampu memberi tunjuk ajar kepada anak dan rakan sebayanya dalam menggunakan komputer. Selain belajar kemahiran ICT, Puan Maisara turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti membuat suntingan dan membuat temujanji online.