Nama                            : Nurin Aina Syafiqah Binti Azmi

Umur                            : 11 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

Latar belakang

Nurin Aina merupakan salah seorang pelajar dan sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Kediaman Nurin Aina dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang agak jauh tetapi ini tidak mematahkan semangat Nurin Aina untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Nurin Aina kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian, media sosial dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet. Malahan, banyak perkara penting yang memerlukan penggunaan internet dan telah membantu Nurin Aina dalam menyiapkan kerja sekolahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, Nurin Aina mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang. Beliau juga menyertai e-tuisyen di PIK bagi membuat latihan serta mengulangkaji subjek yang susah. Peningkatan kemahiran ICT Nurin Aina telah membantu serta memudahkan urusannya. Nurin Aina kini sudah mahir menggunakan Zoom dan Google Meet untuk belajar diatas talian. Selain belajar kemahiran ICT, Nurin Aina turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti membuat suntingan secara ‘offline’ dan ‘online’.