Nama                            : Nursalsabila Binti Mohd Azlan

Umur                            : 17 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

Latar belakang

Nursalsabila merupakan salah seorang pelajar dan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Kediaman Nursalsabila dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Nursalsabila untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Nursalsabila kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet. Malahan, banyak perkara penting yang memerlukan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, Nursalsabila mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PEDi Kuala Klawang. Beliau juga menyertai e-tuisyen intensif di PEDi bagi menambah ilmu selain di sekolah. Peningkatan kemahiran ICT Nursalsabila telah membantu serta memudahkan urusannya. Nursalsabila kini sudah mahir menggunakan Zoom dan Google Meet untuk belajar diatas talian. Selain belajar kemahiran ICT, Nursalsabila turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti cara menggunakan media sosial dengan sebaiknya.