Nama                            : Johnny Lim Yong Ting

Umur                            : 19 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2016

Latar belakang

Johnny merupakan salah seorang pelajar dan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Kediaman Johnny dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Johnny untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Johnny tidak mahir dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta tidak malu bertanya apa-apa yang tidak difahami. Malahan, banyak perkara penting yang memerlukan penggunaan internet. Beliau juga selalu kesini untuk menggunakan perkhidmatan fotostat nota dan latihan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, Johnny mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PEDi Kuala Klawang. Beliau juga menyertai Seminar SPM di PEDi bagi menambah ilmu selain di sekolah. Peningkatan kemahiran ICT Johnny telah membantu serta memudahkan urusannya. Johnny kini sudah mahir menggunakan Zoom dan Google Meet untuk belajar diatas talian. Selain belajar kemahiran ICT, Johnny turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti cara menggunakan internet dengan berhemah.