Nama                            : Qaseh Nur Khalissya binti Mohd Noor

Umur                            : 9 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2022

Latar belakang

Qaseh Nur Khalissya merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang sering kali berkunjung ke PEDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Jarak rumahnya   dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Qaseh Nur Khalissya tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau juga sering datang kesini untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Di samping itu, beliau juga merupakan pelajar sekolah yang mengikuti kelas tuisyen secara atas talian yang dianjurkan oleh pihak PEDi.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, Qaseh Nur Khalissya sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PEDi Kuala Klawang. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah. Selain belajar kemahiran ICT, Qaseh Nur Khalissya turut diberi pendedahan mengenai cara  menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menyertai kelas tuisyen secara atas talian dengan sendirinya.