Nama                            : MOHAMMAD FARHAN BIN SUNARSO

Umur                            : 8 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2023

Latar belakang

 Mohammad Farhan bin Sunarso merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang sering kali berkunjung ke PEDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Jarak rumahnya   dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan dia  untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, dia tidak mengetahui cara untuk menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Dia  juga sering datang kesini untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Di samping itu, dia merupakan pelajar sekolah rendah yang mengikuti kelas tuisyen secara atas talian yang dianjurkan oleh pihak PEDi. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, dia sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PEDi Kuala Klawang. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah. Selain belajar kemahiran ICT, dia  turut diberi pendedahan mengenai cara  menggunakan komputer dengan baik. Dia  juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menyertai kelas tuisyen secara atas talian dengan sendirinya.