Nama                              : Nadia Farhana Binti Zulkepli

Umur                              : 24 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2020

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan tudung

 

Latar belakang

Pn. Nadia adalah seorang intern yang kini bekerja sementara di Pejabat Daerah Jelebu. Kini , sambil bekerja beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual tudung,shawl dan produk yang dijual ini sangat sesuai untuk golongan remaja ,dewasa dan orang tua.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Nadia menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Nadia kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk tudung nya. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan  antara RM1000.00 hingga RM1500.00. Beliau turut memasarkan produk di rumahnya secara kecil-kecilan.