Nama                              : Khafitah Binti Mat Noh

Umur                              : 45 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2021

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan produk penjagaan kesihatan

 

Latar belakang

Pn. Khafitah adalah seorang suri rumah yang aktif menjual produk penjagaan kesihatan. Dari awal, Puan Khafitah cuma menjual pada kawan-kawan dan tak ambil stok yang banyak. Produk penjagaan kesihatan yang dijual ini sangat sesuai untuk golongan kanak-kanak,remaja ,dewasa dan orang tua.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Khafitah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Khafitah kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk nya. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan  antara RM1300.00 hingga RM1700.00. Beliau turut memasarkan produk di rumahnya secara kecil-kecilan.