Nama                              : Siti Hasmah Binti Zakaria

Umur                              : 34 tahun

Tahun menjadi Ahli PEDi: 2021

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan sabun pencuci

 

Latar belakang

Pn. Hasmah adalah seorang guru KAFA yang kini mengajar di salah satu sekolah rendah di Jelebu, SK Undang Jelebu. Kini , sambil bekerja beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual sabun pencuci baju dan produk yang dijual ini sangat sesuai untuk golongan dewasa terutama yang berkeluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Hasmah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Hasmah kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk sabun nya. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan  antara RM150.00 hingga RM260.00. Beliau turut memasarkan produk di rumahnya dengan meletakkan botol kosong Dozee di halaman dan tiang rumahnya.