Nama                            : NUR ZULKARNAIN BIN ZAINAL ABIDIN

Umur                            : 10 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2022

Latar belakang

Nur Zulkarnain Bin Zainal Abidin merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang selalu berkunjung ke PEDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Jarak rumahnya   dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan  untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Nur Zulkarnain merupakan seorang yang tidak pandai menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau juga sering datang kesini untuk melibatkan diri dengan segala program yang dianjurkan oleh PEDi.  

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, Nur Zulkarnain sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PEDi Kuala Klawang. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan tugasannya mencari maklumat bagi kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Selain belajar kemahiran ICT, Nur Zulkarnain turut diberi pendedahan mengenai cara  menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk melayari internet dengan sendirinya.