Nama                              : Nurul Awatif

Umur                              : 30 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2022

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan kek,kuih muih dan manisan.

Latar belakang

Pn. Awatif adalah seorang suri rumah tangga. Beliau berasal daripada Kedah dan telah berkahwin dengn orang tempatan di daerah jelebu. Pada permulaannya, Pn.Awatif tidak begitu aktif berniaga kerana dia sekadar menganggap membuat kek itu sekadar hobinya sahaja. Selepas berkahwin, suami beliau telah memberi dorongan dan galakan kepada Pn.Awatif untuk  mula berniaga secara kecil-kecilan di kawasan perumahan mereka. Tanpa diduga, jualan mereka mendapat sambutan daripada jiran-jiran dan perniaagaan pn.Awatif semakin maju dari masa ke semasa.Kini, beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual kek dan manisan dan produk yang dijual ini sangat digemari orang ramai terutamanya yang ingin mengadakan majlis keramaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Awatif menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Pn.Awatif kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan jualan kek,kuih muih dan manisan. Dengan ilmu promosi atas talian  dan juga mahir menggunakan aplikasi whatapps dan facebook,pendapatan beliau juga semakin bertambah. Puan Awatif juga telah mahir teknik untuk mengambil gambar bagi tujuan promosi produknya. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM350.00 hingga RM700.00.