Nama                            : Rabiatul Adawiah Binti Zamri

Umur                            : 14 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2022

 Latar belakang

Rabiatul Addawiah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sering kali berkunjung ke PEDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Jarak rumahnya   dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan  untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Rabiatul Adawiah tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau sering datang ke PEDi dan meminta bantuan petugas PEDi bagi membantu beliau mencari maklumat tentang pembelajarannya di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendapatkan latihan yang baik di PEDi Kuala Klawang, kini Rabiatul Adawiah  sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah.. Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menggunakan komputer dengan sendirinya bagi mencari maklumat bagi pembelajarannya di sekolah. Beliau juga sudah boleh membantu adiknya menggunakan komputer dengan baik.