Nama                              : NorHahjah Binti Idris

Umur                              : 58 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2022

Bentuk Perniagaan :

Menjalankan perniagaan produk pencuci mulut,kek dan manisan.

 Latar belakang

Pn. Norhahjah adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Beliau merupakan seorang bekas pekerja kilang di Seremban suatu masa dulu. Selepas berhenti kerja di kilang, beliau telah mengambil keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran membuat kek anjuran Mara.  Pada permulaannya, Norhahjah  tidak berfikir untuk berniaga kerana dia sekadar menganggap membuat kek itu sekadar hobinya sahaja. Sikap beliau yang suka berkongsi rezeki dengan jiran-jirannya dengan menghantar kek dan juga manisan hasil tangannya, telah membuat beliau sering mendapat tempahan dari jirannya yang tinggal berhampiran.Kini, beliau sedang aktif menjalankan perniagaan menjual kek dan manisan dan produk yang dijual ini sangat digemari orang ramai terutamanya yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti majlis hari lahir dan juga majlis perkahwinan. Perniagaan Pn.Hahjah juga telah semakin berkembang kerana setiap jumaat dan sabtu, beliau telah melakukan jualan pelbagai jenis kek dan juga manisan secara buka bonet kereta dan perniagaan beliau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Puan Hahjah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja. Beliau juga meletakkan produknya di kedai-kedai yang berhampiran dengan kediamannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT, Pn.Hahjah kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan jualan kek dan manisannya. Dengan ilmu promosi atas talian  dan juga mahir menggunakan aplikasi whatapps dan facebook,pendapatan beliau juga semakin bertambah. Pn.Hahjah juga mahir menggunakan platform Instagram dengan memuat naik gambar  produknya dan menarik perhatian pengguna Instagram untuk membeli produknya. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM 300.00 hingga RM700.00.