Nama                              : Muhammad Farid Bin Abdullah

Umur                              : 30 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2021

Bentuk Perniagaan :

Menjalankan perniagaan cendol.

 Latar belakang

En. Farid adalah seorang peniaga cendol di Kuala Klawang. Kini , beliau sedang aktif menjalankan perniagaan cendol bukan saja membuka gerai sendiri malah menerima tempahan untuk catering di kenduri-kenduri dan majlis-majlis. Produk yang dijual ini sangat sesuai untuk semua golongan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PEDI, Encik Farid menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan masih belum membuat SSM. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT, En.Farid kini sudah membuat SSM dan lebih yakin untuk pergi jauh. Beliau menggunakan medium media sosial bagi memasarkan cendol nya terutamanya Facebook. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah.