Nama                            : Nur Safira Binti Mohd Noh

Umur                            : 12 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2016

Latar Belakang 

Nur Safira merupakan penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan PEDi Kuala Klawang. Beliau seorang pelajar sekolah rendah yang sering kali berkunjung ke PEDi bagi menyiapkan tugasan sekolah dan mencari maklumat bagi rujukan pembelajarannya.Nur Safira selalu berkunjung ke PEDi bersama dengan Ibunya menaiki motorsikal bersama seorang lagi adik perempuannya.Ibu Nur Safira merupakan warganegara Indonesia dan sering juga menggunakan perkhidmatan di PEDi bagi urusan Visa dan Pass beliau bagi menetap di Malaysia.

Sebelum Penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Kuala Klawang, Nur Safira tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Nur Safira juga ada mengikuti kelas tuisyen yang tersedia di PEDi bersama dengan adik perempuannya.

Selepas Penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Setelah mendapatkan latihan yang baik di PEDi Kuala Klawang, kini Nur Safira  sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah.. Beliau juga dapat membantu ibunya sekiranya terdapat urusan mengenai maklumat visa dan pass ibunya di Jabatan Imigresen.Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menggunakan komputer dengan sendirinya. Beliau juga sudah boleh membantu adiknya menggunakan komputer dengan baik.