Nama                            : Rosmaniza binti Kamarudin

Umur                            : 38 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2022

Latar Belakang 

Puan Rosmaniza merupakan seorang  pengguna yang sering kali berkunjung ke NaDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional . Jarak rumahnya   dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan  untuk berkunjung ke NaDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

Sebelum Penggunaan ICT/penglibatan NaDi

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran NaDi Kuala Klawang, Puan Rosmaniza tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi NaDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau sering datang ke NaDi dan meminta bantuan petugas NaDi bagi membantu beliau mencari maklumat yang beliau perlukan.

Selepas Penggunaan ICT/penglibatan NaDi

Setelah mendapatkan latihan yang baik di NADi Kuala Klawang, kini Puan Rosmaniza  sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah.. Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menggunakan komputer dengan sendirinya.