Nama                              : Tan Rosmalinda binti Tan Deraman

Umur                              : 42 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2018

Bentuk Perniagaan :

Menjalankan perniagaan pakaian batik dan sambal bilis.

 Latar belakang

Pn. Tan Rosmalinda merupakan seorang guru kafa yang berkhidmat di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Klawang. Beliau merupakan anak kelahiran negeri Kelantan.Beliau memulakan perniagaan batik dan sambal bilis ini secara tidak langsung. Pada mulanya, beliau membelikan batik di Terengganu hanya kerana permintaan dan kiriman orang-orang terdekatnya. Tetapi semakin lama, permintaan batik semakin meningkat dan membuatkan beliau berfikir untuk memulakan perniagaan batik secara kecil-kecilan dahulu. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan beliau telah mula untuk membuka akaun perniagaan secara atas talian yang memudahkan beliau berniaga. Di samping itu, beliau juga giat menjual sambal bilis di platform Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan NaDi, Tan Rosmalinda menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Selepas penggunaan ICT, Pn.Tan Rosmalinda kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan jualan batiknya. Dengan ilmu promosi atas talian  dan juga mahir menggunakan aplikasi whatapps dan shopee,pendapatan beliau juga semakin bertambah. Pn.Tan juga mahir menggunakan platform facebook dengan memuat naik gambar  produknya dan menarik perhatian pengguna Instagram untuk membeli produknya. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM 200.00 hingga RM500.00.