Nama                            : Mohamad Raziq bin Zamri

Umur                            : 10 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2024

Latar belakang

Mohamad Raziq merupakan seorang  pelajar sekolah rendah yang sering kali berkunjung ke NADI dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional . Jarak rumahnya   dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan  untuk berkunjung ke NADI bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran NADI Kuala Klawang, Mohamad Raziq tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi NADI pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau sering datang ke NADI dan meminta bantuan petugas NADI bagi membantu beliau untuk belajar menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mendapatkan latihan yang baik di NADI Kuala Klawang, kini Mohamad Raziq  sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer dengan sendirinya. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah.