Nama                              : Kamariah binti Mahmoodin

Umur                              : 51 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2020

Bentuk Perniagaan :

Menjalankan perniagaan kuih muih,makanan dan minuman.

Latar belakang

Pn. Kamariah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Pada mulanya, beliau hanya menjual kuih muihnya dengan menumpang di kedai-kedai makan. Kuih muih beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli.Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan beliau telah mula untuk mengambil tempahan bagi majlis-majlis kecil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan NADI, Pn Kamariah hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT, Pn.Kamariah  kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan jualan kuih muihnya. Dengan ilmu promosi atas talian  dan juga mahir menggunakan aplikasi whatapps dan menggunakan platform Facebook untuk mempromosikan jualan kuihnya ,pendapatan beliau juga semakin bertambah. Pn.Kamariah juga mahir menggunakan platform facebook dengan memuat naik gambar  produknya dan menarik perhatian pengguna untuk membeli produknya. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM 500.00 hingga RM900.00.