Nama                              : Amir Hamzah bin Mohd Idris

Umur                              : 41 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2023

Bentuk Perniagaan :

Menjalankan aneka perniagaan surprise delivery, sambal dan susu Glucerna.

Latar belakang

En. Amir merupakan seorang usahawan OKU yang giat membangunkan diri. Beliau sendiri seronok menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini dengan rajin menuntut ilmu  dan menambah kenalan usahawan. Beliau memang sudah ada akaun Shopee,namun ingin menambah ilmu dengan selalu hadir latihan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan NADI, Amir menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT, En .Amir kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan jualan sambal dan susu . Dengan ilmu promosi atas talian  dan juga mahir menggunakan aplikasi whatapps dan shopee,pendapatan beliau juga semakin bertambah. En Amir juga mahir menggunakan platform Shopee dengan memuat naik gambar  produknya dan menarik perhatian pengguna Facebook untuk membeli produknya. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM 250.00 hingga RM600.00.