Nama                                                : Norintan Rahiza Binti Hamdan

Umur                                                : 43 Tahun

Tahun menjadi ahli Pusat Internet: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjual dan menjahit pakaian lelaki dan perempuan.

 

Latar belakang

Puan Rahiza merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang jahitan. Beliau mula menyertai kelas-kelas jahitan yang diadakan di Giat Mara dan Kolej Komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Rahiza hanya mengambil tempahan jahitan daripada kenalan rapat sahaja dan beliau tidak mempunyai sebarang akaun media sosial bagi mempromosikan perkhidmatannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan beberapa siri kelas di PI, Puan Rahiza kini mempunyai akaun media sosial bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan beliau. Beliau turut mengakui bahawa pelanggan yang menempah pakaian meningkat berbanding sebelum penggunaan internet.