Nama                                                : Haryati Binti Sidi

Umur                                                : 44 Tahun

Tahun menjadi ahli Pusat Internet: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjual jamu yang dihasilkan dengan menggunakan herba-herba tradisional orang kampung.

 

Latar belakang

Puan Haryati memulakan perniagaan dengan menjual jamu untuk kegunaan perempuan sahaja. Beliau menggunakan herba-herba tradisional dalam menghasilkan setiap jamu yang dijual. Jamu keluaran Puan Haryati mempunyai pelbagai manfaat seperti mencantikkan kulit, menurunkan berat badan, dan sebagainya kerana ramuan yang digunakan mengandungi ramuan rahsia nenek moyang beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan teknologi ICT, pelanggan beliau terdiri daripada kenalan terdekat sahaja. Puan Haryati telah datang ke pusat internet bagi mengikuti kelas-kelas keusahawanan dan ICT yang dianjurkan bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan di PI Kuala Klawang, beliau telah mempunyai akaun media sosial khas iaitu Facebook untuk perniagaannya. Pendapatan beliau juga turut meningkat dari RM100 ke RM500 kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial. Jumlah pelanggannya juga turut meningkat dan terdiri daripada pelbagai negeri.