Nama                                : Ramdaniza Binti Md Adip

Umur                                 : 40 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI     : 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual  pelbagai jenis daging pekasam dan sambal.

 

Latar belakang

Puan Ramdaniza menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis daging pekasam dan sambal yang dijual di sekitar Jelebu khususnya Kuala Klawang. Beliau berniaga secara kecil-kecilan dari rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pasaran beliau terhad pada rakan-rakan dan pelanggan di kawasan sekitar sahaja. Beliau mempunyai asas dalam bidang ICT dan pernah menghadiri kelas keusahawanan yang di jalankan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kelas keusahawanan yang diikuti di PI dapat meningkatkan peluang beliau dalam memasarkan perniagaan yang dijalankan. Beliau turut mengakui bahawa pelbagai maklumat baru yang diperolehi serta pelbagai kemahiran keusahawanan di pelajari seperti teknik mengiklankan produk di laman sosial. Keuntungan perniagaannya juga meningkat dari RM100 ke RM 500 kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial. Puan Ramdaniza turut mempelajari cara mempromosikan produk beliau di laman My Shop Dashboard Komuniti untuk menarik lebih ramai pelanggan.