Nama                           : Halimah Binti Abu Bakar

Umur                           : 49 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018    

 

Bentuk perniagaan

Menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran perkahwinan, andaman, spa, dan surprise planner.

 

Latar belakang

Puan Halimah memulakan perniagaan spa dan andaman pada tahun 2014. Kini, beliau meluaskan perniagaan beliau dalam menyediakan perkhidmatan surprise delivery sekitar kawasan Jelebu. Puan Halimah menerima tempahan pelbagai jenis majlis seperti majlis hari jadi dan perkahwinan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Halimah mengakui sebelum terlibat dengan PI, beliau mempromosikan perniagaanya hanya melalui aplikasi Whatsapp dan hebahan dari mulut ke mulut. Beliau sering berkunjung ke PI Kuala Klawang bagi mendapatkan latihan ICT kerana beliau akui tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan dengan beberapa siri kelas di PI Kuala Klawang, beliau kini mempromosikan perniagaannya melalui akaun media sosial iaitu Instagram Business dan Facebook Page. Beliau memanfaatkan sepenuhnya media sosial bagi mempromosikan perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram.