Nama                            : Nor Anisah Binti Mohd Shafie

Umur                            : 27 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Menjual makanan dan minuman yang berkonsepkan bajet.

 

Latar belakang

Cik Anisah merupakan pemegang Diploma Jaminan Kualiti (DJK) dari ADTEC Shah Alam. Beliau memulakan perniagaan NAMS SANTAI CORNER iaitu sebuah gerai penjaja yang menjual makanan dan minuman yang berkonsepkan bajet. Ianya lebih menfokuskan pada penyediaan makanan dan minuman yang mampu milik bagi semua golongan tidak mengira peringkat usia. Idea perniagaan berkonsepkan bajet ini tercetus apabila Cik Anisah sendiri sebagai seorang pelajar pada suatu ketika dahulu menghadapi kesusahan dan kekangan pendapatan apabila ingin membeli barangan berbentuk makanan dan minuman. Hal ini mendorong Cik Anisah untuk berfikir bagaimana cara untuk menghasilkan sesuatu produk makanan dan minuman berasaskan bajet dan mampu milik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PI, Cik Anisah hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pelanggannya hanya terdiri dari kenalan rapat dan saudara-mara. Teknik promosi yang dijalankan adalah dari buah mulut para pelangannya sahaja. Pada peringkat awal perniagaan, Cik Anisah juga tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi untuk perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa siri kelas dan kursus yang dianjurkan, kini Cik Anisah lebih cekap dalam menjalankan aktiviti promosi secara atas talian. Beliau juga semakin cekap dalam menghasilkan video dan flyers bagi perniagaannya. Cik Anisah turut mengakui dengan adanya teknologi ICT ini membantu dalam mengembangkan lagi perniagaanya dan pendapatan bulanannya juga turut meningkat dari bulan ke bulan.