Nama                            : Ahmad Hazwan Bin Zulkipli

Umur                            : 13 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2015

 

Latar belakang

Hazwan merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SMK Undang Jelebu. Lokasi sekolah serta tempat tinggalnya berdekatan dengan PI. Hal ini memudahkan Hazwan untuk menggunakan perkhidmatan di PI Kuala Klawang serta menyertai program-program yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di PI, Hazwan kurang cekap dalam menggunakan komputer. Hazwan hanya menguasi asas Microsoft Word dan membuat carian di pelayar web.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui terdapat latihan ICT di sini, beliau terus berminat untuk menyertai kelas yang diadakan. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas yamg diadakan di PI Kuala Klawang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan internet. Hazwan berupaya menggunakan komputer tanpa bimbingan orang lain serta boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan  apabila mereka tidak dapat membuat tugasan seperti yang ditunjukkan semasa mengikuti kelas.