Nama                            : Norizan binti Ujang

Umur                            : 53 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2020

 

Bentuk perniagaan

Menjual dan menghasilkan lemang crispy serta pelbagai pes masakan.

 

Latar belakang

Puan Norizan merupakan penaung bagi Dizan Food Industries dan syarikat ini merupakan perniagaan yang menjual dan menghasilkan lemang crispy beserta pelbagai pes masakan keluaran bumiputera Malaysia. Lemang crispy yang dihasilkan oleh Puan Norizan ini merupakan lemang crispy yang pertama dijual di Jelebu. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau mula menceburi dunia keusahawanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pasaran beliau terhad pada rakan-rakan dan pelanggan di kawasan sekitar sahaja. Beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Puan Norizan selesa menggunakan telefon bimbit sebagai medium mempromosikan produk-produk keluarannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari potensi lemang crispy semakin meluas dengan talian internet, Puan Norizan telah hadir ke Pusat Internet bagi mempelajari kaedah pemasaran melalui media sosial seperti di Whatsapp status dan stories di Facebook dan Instagram. Beliau turut  dilatih menggunkan aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android seperti aplikasi canva editing, whatsapp link dan sebagainya bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Beliau telah melatih beberapa orang komuniti sekitar untuk turut serta membantunya dalam perniaagaan berkenaan.