Nama                            : Thani binti Ali Qoshim

Umur                            : 28 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2014

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual rangkaian produk kecantikan dan kesihatan.

Latar belakang

Minat yang mendalam dalam bidang kecantikan telah mendorong Puan Thani terlibat dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kesihatan. Beliau menjual rangkaian produk kecantikan Ballerina untuk kegunaan pelbagai jenis kulit. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Thani hanya menjual produknya dalam kalangan komuniti sekitar dan kenalan rapat. Jumlah hasil jualannya kurang memberangsangkan dan Puan Thani telah mengambil keputusan untuk mempromosikan produk-produknya dengan lebih meluas melalui bantuan Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Puan Thani mula melebarkan sayap perniagaanya dengan melakukan promosi menggunakan internet. Beliau juga telah menyertai latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Kuala Klawang. Jumlah pelanggan beliau juga meningkat dari sebelum ini. Beliau kini mempunyai akaun page Facebook dan Instagram business bagi memudahkan pelanggan-pelanggannya untuk membuat tempahan dan membeli produk-produknya.