Nama                            : Norhayati bt Md Saki

Umur                            : 37 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2014

 

Bentuk perniagaan

Menjual rangkaian produk kesihatan dan kecantikan, Mary Kay.

 

Latar belakang

Minat yang mendalam dalam bidang kecantikan telah mendorong Puan Hayati untuk terlibat dengan perniagaan barangan kesihatan dan kecantikan produk Mary Kay. Beliau merupakan orang tengah antara penjual dan pelanggan. Keserasian beliau menggunakan rangkaian produk berkenaan juga turut menjadi dorangan untuk berkongsi dengan pelanggan-pelanggannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Hayati hanya mempromosikan produk Mary Kay dari mulut ke mulut iaitu dengan berkongsi mengenai kebaikan produk berkenaan. Puan Hayati hanya menggunakan akaun Facebook personal untuk mempromosikan produknya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas usahawan yang disertai di Pusat Internet, kini beliau mengembangkan lagi perniaagannya secara atas talian. Produk-produknya juga boleh didapati dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Puan Hayati turut dilatih menggunakan medium media sosial serta e-dagang bagi memudahkan urusan jual beli dilaksanakan.