Nama                            : Sabariah Binti Abd Rahman

Umur                            : 58 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Latar belakang

Puan Sabariah merupakan ahli berdaftar dengan Pusat Internet Kuala Klawang pada tahun 2018. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan disamping menyertai latihan keusahawanan yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet, Puan Sabariah mengakui beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau turut didedahkan mengenai advokasi SKMM iaitu etika ketika melayari internet. Beliau dilatih kemahiran menggunakan Microsoft Office, Whatsapp web dan penggunaan media sosial.