Nama : Syanty Norain binti Morni
Umur : 30 tahun
Tahun menjadi Ahli PIK: 2020
Bentuk perniagaan
Menjalankan perniagaan menjual pakaian dan soft toys bundle.
Latar belakang
Puan Syanty merupakan seorang suri rumah tangga yang menjalankan perniagaan menjual pakaian dan soft toys bundle. Beliau menjalankan perniagaan ini bagi mengisi masa terluang disamping minatnya yang mendalam dalam bidang keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah. Pelanggan juga terdiri daripada kenalan rapat. Puan Syanty juga mengambil stok barangan dengan kuantiti yang sedikit bagi memulakan perniagaan dan mengikut permintaan semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas terlibat dengan PIK, kini Puan Syanty mula menjalankan perniagaan secara online. Beliau kini memasarkan barangannya di Shopee dan juga akaun media sosial. Puan Syanty turut mengakui bahawa jualan secara atas talian amat membantu mengembangkan lagi perniagaannya. Beliau kini mempunyai pelanggan serata Malaysia. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat berbanding sebelum ini.