" Belia adalah generasi harapan bangsa dan negara untuk masa kini dan masa akan datang.Mereka adalah pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat negara dalam apa jua aspek-aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa dan tanah air ".

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN JKKK (GOLONGAN BELIA) DAN KOSPEN KG KEMIN

Tempat: Kolam Pancing Mak Andah, Kampung Kemin

Anjuran: JKKK (golongan belia)  dan KOSPEN Kampung Kemin.

 

   

 

SUMBER : FACEBOOK PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KUALA KLAWANG

BELIA KAMPUNG TERIANG

Persatuan Belia yang telah wujud di Kampung Teriang adalah salah satu aktiviti golongan belia yang mampu membantu mereka melakukan sesuatu yang berfaedah dan berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Persatuan Belia telah dipengerusikan oleh seorang AJK JKKK Kampung Teriang. Setakat ini, persatuan ini dianggotai oleh lebih daripada 40  orang ahli dari semua peringkat umur 18 – 50 tahun.

Persatuan ini sentiasa bergiat aktif dengan terlibat di dalam semua aktiviti riadah yang dianjurkan oleh pihak JKKK Kampung Teriang. Antaranya ialah Pertandingan Badminton peringkat kampung, perlawanan bola sepak dan sebagainya.

Persatuan Belia juga telah membina sebuah bengkel kereta untuk membantu golongan belia menjana pendapatan mereka sendiri dan memberikan mereka ilmu dalam bidang keusahawanan. Bengkel ini diuruskan oleh beberapa orang ahli Persatuan Belia dan setakat ini bengkel tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung.

SUMBER : PENGERUSI JKKK KAMPUNG TERIANG

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Murid Sekolah Dan Pejalan Kaki

Kuala Klawang 13 Nov. – Hampir 300 orang murid sekolah rendah menyertai advokasi keselamatan jalan raya sekolah rendah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.

Kempen anjuran Pejabat Daerah & Tanah Jelebu dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu (PIBG SKUJ) dan Polis DiRaja Malaysia Daerah Jelebu bertujuan memupuk kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid-murid sekolah dan orang dewasa berikutan kes kemalangan maut yang meningkat saban tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Puan Zaitun Iffah berkata, kempen  juga merupakan salah satu usaha pihaknya mengurangkan jumlah kemalangan dalam kalangan murid-murid sekolah di negeri ini. Kempen ini turut disertai oleh Encik Fadzli Bin Alias, Penolong Pegawai Daerah Jelebu (mewakili Pegawai Daerah Jelebu) dan Puan Esah bt Kasim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.

Kempen bermula dengan pertandingan mewarna bertemakan mengenai jalan raya murid-murid pra sekolah, ceramah keselamatan jalan raya, kuiz keselamatan jalan raya dan diakhiri dengan penerangan asas keselamatan jalan raya.

Program ini juga memberi penekanan kepada lima elemen iaitu keselamatan jalan raya, bagaimana untuk menyeberangi jalan raya dengan selamat menggunakan “lintasan zebra”, memahami lampu isyarat, memakai topi keledar untuk motorsikal dan basikal, mengamalkan tabiat memakai tali pinggang keledar serta mematuhi peraturan keselamatan jalan raya asas dan papan tanda.

Adalah diharapkan dengan perlaksanaan program ini akan dapat memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran asas keselamatan jalan raya kepada murid-murid sekolah bagi melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah. Murid-murid akan memahami, menghayati dan mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.  

 SUMBER : PEJABAT DAERAH & TANAH JELEBU

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

Seramai 15 orang peserta terdiri daripada qari dan qariah penduduk Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada Mei 2012 lalu. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang dan Pengarah Hospital Jelebu, Dr Harlina Abdul Rashid. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, penyertaan terdiri daripada kakitangan KKM termasuk hospital, klinik kerajaan dan pejabat kesihatan daerah. Pertandingan tersebut merupakan acara wajib bagi KKM dan saban tahun kakitangan berpeluang menunjukkan bakat dalam bertilawah.

KKM tidak mengenakan sebarang syarat seperti had umur kerana pertandingan ini terbuka dan sesiapa sahaja sama ada doktor, jururawat atau kakitangan jabatan. Namun begitu, peserta pertandingan hendaklah kakitangan KKM dan telah disahkan jawatannya. Dr Zailan memaklumkan, penyertaan pertandingan pada kali ini menunjukkan peningkatan di beberapa buah daerah seperti Kuala Pilah. Penyertaan sangat menggalakkan kerana rata-rata penyertaan adalah dari kalangan doktor-doktor pelatih. Pemenang pertandingan Tilawah Al-Quran akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kangar, Perlis pada 14 Julai 2012. Sementara itu majlis penutup telah disempurnakan oleh Datuk Dr Zailan Adnan di Dewan Majlis Daerah Jelebu.