PETA JELEBU
ASAL USUL DAERAH JELEBU
Daerah Jelebu terletak di bahagian timur Negeri Sembilan, bersempadan dengan Pahang dan Selangor. Jelebu boleh dihubungi melalui empat pintu masuk utama iaitu dari Kuala Lumpur melalui Ampang – Ulu Langat – Kongkoi – Kuala Klawang melalui jalan ini ia boleh dihubungi hanya sejauh 90 KM. Jika dari negeri Pahang melalui Simpang Durian ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 48 KM. Dari Seremban ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 37 KM. Manakala dari Jempol – Simpang Pertang – Kuala Klawang sejauh lebih kurang 26 KM.
Jelebu dianggarkan berkeluasan lebih kurang 136,751.49 ha dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 43,371 orang. Kawasan pentadbiran meliputi 8 mukim iaitu Klawang, Pertang, Glami Lemi, Kenaboi, Ulu Klawang, Triang Hilir, Ulu Triang dan Peradong.
Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.
INFO DAERAH KUALA KLAWANG
Kuala Klawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu,N.Sembilan. Sungai Klawang tidak begitu lebar, cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai ini dipercayai dari Bukit Hantu. Sungai utama di daerah ini ialah Sungai Triang yang mempunyai tiga cabang utama iaitu Sungai Kenaboi, Sungai Klawang dan Sungai Pertang. Ia juga terletak di kawasan yang paling kering sekali di Malaysia, dan hanya mendapat hujan kira-kira 2000 mm setahun. Bandar ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Seremban. Suatu masa dahulu iaitu sebelum abad ke-21, biasanya Jelebu sinomim sebagai kawasan yang sukar dikunjungi, jalannya berliku-liku persis Cameron Highlands.
Namun kini Jelebu telah menjadi jalan pintas ke beberapa kawasan di Batu Kikir, Bahau dan Gemas. Jalan berliku telah tiada lagi. Jalan-jalan yang berbentuk U telah diluruskan memendekkan perjalanan likuan dari 15 km kepada 8 km sahaja. Jelebu makin mudah didatangi. Selain melalui Bukit Tangga dari arah Seremban, Jelebu boleh dimasuki melalui Segenting Pras yang boleh keluar di Ampang, Hulu Langat, dan melalui Kuala Pilah terus ke Batu Kikir dan seterusnya ke Simpang Pertang.Jelebu dihuni oleh masyarakat majmuk yang majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tinggal di bandar Kuala Klawang dan menjalankan perniagaan serta perdagangan.
Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Klawang adalah berkaitan dengan industri asas tani. Tanaman utama di sini ialah kelapa sawit dan getahserta buah-buahan seperti durian, nenas madu dan buah naga. Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar Seremban,Kajang,Semenyih dan Kuala Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti durian Siam. Sebagai bandar utama di daerah Jelebu, beberapa kemudahan penting disediakan oleh kerajaan.
Antaranya ialahMuzium Adat Negeri Sembilan, Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu,Balai Polis Kuala Kelawang, Stadium Kuala Kelawang, Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang,MRSM Kuala Klawang,Hotel Kuala Klawang dan jalan raya besar dari Serembanke Kuala Klawang. Terdapat dua stesen minyak iaitu Petronas dan Shell. Air terjun Jeram Toi menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya.
SUMBER : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Klawang
Kampung yang terdekat dengan PI Kuala Klawang
- Kampung Petaling
- Kampung Teriang
- Kampung Gagu
- Kampung Larong
POPULASI PENDUDUK KAMPUNG PETALING
Populasi penduduk Kampung Petaling terdiri daripada 3000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Berikut merupakan jadual peratusan penduduk mengikut kaum :-
*Statistik terkini Tahun 2016
Di samping itu,kebanyakan penduduk kampung ini terdiri daripada pesara, penoreh getah, kontraktor dan juga peniaga. Terdapat 80% daripada penduduk Kampung Petaling ini bekerja sebagai pekebun kecil dan selebihnya merupakan peniaga, suri rumah dan juga peniaga.
SUMBER : PENGERUSI JKKK KG PETALING
POPULASI PENDUDUK KAMPUNG TERIANG
Kampung Teriang adalah sebuah kampung di daerah Jelebu yang terletak 2 km dari pekan Kuala Klawang. Kampung Teriang merupakan salah sebuah kawasan penempatan yang semakin maju dan mendapat pelbagai kemudahan seperti kampung-kampung lain di Negeri Sembilan.
Kampung Teriang terletak dalam kawasan:
POPULASI JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG TERIANG
BANGSA / KETURUNAN
BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT UMUR
KATEGORI UMUR |
JANTINA |
|
PEREMPUAN |
LELAKI |
|
60 TAHUN KE ATAS |
30 |
21 |
40 – 59 TAHUN |
75 |
46 |
18 – 38 TAHUN |
120 |
130 |
13 – 17 TAHUN |
25 |
40 |
6 – 12 TAHUN |
28 |
45 |
00 – 6 TAHUN |
14 |
42 |
JUMLAH |
292 |
324 |
JUMLAH PENDUDUK |
616 ORANG |