" Lelah dalam belajar itu biasa, TETAPI jangan menyerah dalam belajar kerana orang yang tidak punya cita-cita bagaikan burung tanpa SAYAP "

 

Terdapat pusat pendidikan untuk anak-anak di Kampung Teriang. Beberapa buah pusat pendidikan awal dan sekolah rendah dibina di kampung ini sebagai kemudahan pendidikan mereka. Antaranya ialah:

Tadika KEMAS Kg. Teriang : 18 murid

GURU TABIKA: NORHIDAYAH BINTI MORIS 

Alamat : Kg Teriang 71600 Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan

 

Tadika KEMAS Perpaduan : 16 murid

   Alamat : Jalan Petaling 71600 Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan

                                     

 

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JELEBU

Apa itu PERMATA?

Secara ringkasnya, Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi.Dari situ tercetuslah idea untuk melaksanakan Program Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Pusat Anak Permata Negara Jelebu

Kawasan Lapang, Kuarters Mengkan, Jalan Petaling, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

Hubungi : Nurul Mardhiana Binti Abdul Manap
Tel: 06-6134160 | 0129394068

Mula Beroperasi : 18 April 2011

Jumlah Anak : 40

TERBUKA KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT

KOLEJ KOMUNITI JELEBU

Menyedari kepentingan pendidikan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi menyediakan peluang menimba ilmu kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Salah satu institusi yang menawarkan tempat bagi semua peringkat usia ialah Kolej Komuniti Jelebu yang dilihat dapat memberi pendidikan sepanjang hayat kepada mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan. Terdapat dua kursus yang ditawarkan kepada para pelajar di kolej komuniti berkenaan iaitu kursus penuh atau kursus pendek. Kursus pendek atau lebih dikenali sebagai Program Latihan 1Malaysia meliputi kluster program seperti bahasa, kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Mat Misiah Ayob, Program Latihan 1Malaysia terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuklah warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesara yang ingin mempelajari kemahiran-kemahiran di peringkat sijil. Menariknya, warga emas, OKU dan pesara yang mengikuti kursus di institusi ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Malah kursus pendek yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Jelebu melahirkan ramai usahawan sekali gus membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan.

Sementara itu kursus penuh menawarkan empat program iaitu Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2), Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Sistem Komputer dan Sokongan dan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pelajar agar membantu mereka mendapatkan pendedahan serta maklumat sepanjang mengikuti kursus yang ditawarkan. Selain mempunyai kemudahan yang terkini, Kolej Komuniti Jelebu turut dibarisi tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan kebolehan di dalam bidang masing-masing. Menurut Mat Misiah Ayob orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Kolej Komuniti Jelebu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 06-6138381 atau melayari laman web diwww.kkjel.edu.my 

 

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

Kolej Vokasional Kuala Klawang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang (SMVKK). Ekoran transformasi pendidikan negara untuk mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada beroreintasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan negara maju, maka sekali lagi Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang mengalami perubahan dengan dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional Kuala Klawang bermula pada tahun 2013 yang menawarkan kursus Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Kesetiausahaan Pejabat dan Pengurusan Perniagaan. Misinya adalah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan menjadi kolej terunggul yang menjana generasi terbilang.

http://kvklawang.moe.edu.my/index.php/en/

 

GIATMARA JELEBU

Giatmara Jelebu adalah salah satu institusi pendidikan yang melahirkan pekerja mahir yang mempunyai tanggungjawab, ciri-ciri Keusahawanan disamping berakhlak, berdisiplin serta berdaya saing.  

22154162 1637821149616837 1151948618926909527 n