1. SMK. Dato' Undang Musa Al-Haj

duma

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj atau nama ringkasnya SMK Dato' Undang Musa Al-Haj, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pertang, Kuala Klawang.  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj memiliki 377 pelajar lelaki dan 352 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 729 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.

2. SMK. Undang Jelebu

smkuj

Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu atau nama ringkasnya SMK Undang Jelebu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3 Jalan Petaling. Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu memiliki 449 pelajar lelaki dan 391 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 840 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.

3. SMK Simpang Gelami (SMK Dato Undang Syed Ali Jufri)

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami atau nama barunya SMK Dato Undang Syed Ali Jufri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bt 4 1/2 Peradong Simpang Gelami. Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami memiliki 207 pelajar lelaki dan 215 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 422 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.

4. SM. Rendah Agama Kuala Klawang

Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang atau nama ringkasnya SM Rendah Agama Kuala Klawang, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di Kampong Masjid Lama. Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang memiliki 40 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 61 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.

5. Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang ditubuhkan pada 20 April 1987, yang dikenali sebagai MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Dato' Luak Jelebu Negeri Sembilan di pekan Kuala Klawang, berhadapan dengan sebuah gereja(bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu). Maktab ini mula beroperasi pada 14 April 1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri. Pengambilan pelajar seramai 129 orang dibuat pada 6 Jun 1987. Pengetua pertama ialah Encik Bahari bin Ab Wahab. Bilangan staf pada waktu itu adalah 26 orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik.

Institusi Pendidikan di Jelebu

Sehingga kini terdapat beberapa institusi pendidikan di Jelebu. Terdapat 6 buah sekolah rendah  di sekitar Jelebu iaitu di Kuala Klawang, Jalan Petaling, Kampung Sepri, Kampung Kampai, Kampung Peradong dan juga di Kampung Ulu  Klawang. Manakala terdapat 6  buah sekolah menengah yang berada di sekitar Jelebu iaitu di Kuala Klawang dan Simpang Gelami.

Sekolah Rendah

1.SK Amar Penghulu

- Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu atau nama ringkasnya SK Amar Penghulu, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 18 1/2, Kampung Ulu Klawang, Jalan Seremban. Pada 2009, sekolah ini memiliki 56 pelajar lelaki dan 38 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 94 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 16 orang guru.

2. SK Kuala Klawang

- Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang atau nama ringkasnya SK Kuala Klawang merupakan sebuah sekolah yang terletak di 0.5 Km Jalan Kuala Klawang - Seremban. Sekolah ini mempunyai seramai 324 orang pelajar yang terdiri daripada 168 pelajar lelaki dan 156 pelajar perempuan. Di samping itu, sekolah ini mempunyai seramai 29 orang guru.

3. SK Sepri Tengah

-Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah atau nama ringkasnya SK Sepri Tengah merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Sepri. Sekolah ini memiliki 77 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 143 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 18 orang guru.

4. SK Kampai

- Sekolah Kebangsaan Kampai atau nama ringkasnya SK Kampai merupakan sebuah sekolah yang terletak di Bt. 3 Kampung Kampai. Sekolah ini mempunyai seramai 118 orang pelajar iaitu 58 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan. Di samping itu, sekolah ini mempunyai seramai 16 orang guru.

5. SK Peradong

- Sekolah Kebangsaan Peradong atau nama ringkasnya SK Peradong ini merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Peradong. Pada tahun 2009, sekolah ini mempunyai seramai 56 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan yang menjadikan jumlah kesuruhan murid seramai 118 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 17 orang pendidik.

6. SK Teriang

- Sekolah Kebangsaan Teriang terletak 3 kilometer dari pekan Kuala Klawang mengikut jalan hala ke Titi dan melalui simpang ke Gagu. Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1904. Sebagai sebuah sekolah yang didirikan pada zaman sebelum Perang Dunia Pertama, pasti ianya telah mengalami banyak    perubahan. Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk kampung yang memandang tinggi terhadap pendidikan dan mahu kan generasi mereka bersama dalam arus pendidikan sebagaimana yang sepatutunya. Walaupun mengalami serba kepayahan demi kepentingan pendidikan mereka berjaya. Sekolah ini juga telah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya, sekolah ini telah dapat  melahirkan ramai anak didik  yang telah berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya seperti pendidikan, perundangan dan lain-lain.

1