Tarikh : 11 Julai 2023 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dalam menghasilkan resume yang betul dan padat dengan maklumat yang diperlukan dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

 

Aktiviti :

  • Penulisan resume yang baik akan mempengaruhi keputusan temuduga yang dihadiri. Justeru itu, di dalam kelas yang telah diadakan, para peserta telah diajarkan dan diberikan maklumat penting yang perlu diletakkan dalam sesebuah resume.

 

Gambar disini

Tarikh : 10 Julai 2023 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik semua golongan terutamanya wanita agar tidak mudah tertarik dan ditipu dengan mana-mana kenalan yang tidak dapat dipastikan identiti sebenar mereka di media sosial serta untuk memberi maklumat kepada masyarakat bahawa segala urusan temujanji di jabatan imigresen sudah boleh dibuat secara atas talian dan tidak perlu beratur panjang menunggu giliran.

Aktiviti :

  • Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/vZclJLOAwKQ ini menyedarkan kita supaya jangan mudah terpedaya dengan seseorang yang dikenali melalui media sosial. Banyak penipuan yang boleh dilakukan disebalik maklumat peribadi yang dikongsikan di media sosial tersebut serta segala urusan temujanji di jabatan imigresen sudah boleh dilakukan secara atas talian. Pautan video https://youtu.be/-bTWOmKvN8I ini menerangkan secara terperinci langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat tempahan temujanji.

 

Gambar disini

Tarikh : 7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk menggalakkan masyarakat mempunyai minat dalam bidang rekacipta peralatan yang sering digunakan di rumah dan melahirkan generasi yang kreatif,produktif dan inovatif.

 

Aktiviti :

  • Kemahiran rekacipta sesuatu peralatan amat digalakkan di kalangan masyarakat. Melalui pautan video https://youtu.be/am5JZWnEFBM menunjukkan cara-cara yang perlu dilakukan semasa ingin mencipta alatan seperti lampu mini.

 

Gambar disini

Tarikh : 8 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan asas kepada masyarakat luar terutamanya para usahawan yang ingin memulakan jualan produk mereka di platform tiktok shop.

 

Aktiviti :

  • Pada masa kini terdapat pelbagai platform yang dapat membantu para usahawan menjual produk mereka. Melalui pautan video https://youtu.be/0-i4zsPgjGs

telah diajarkan cara bagaimana untuk memulakan jualan di tiktok shop.

Gambar disini

Tarikh : 6 Julai 2023 (Khamis)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan :

  • Untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menghafal sifir dan menarik minat para pelajar sekolah mempelajari matematik dengan menjawab soalan dalam bentuk video permainan.

 

Aktiviti :

 

Gambar disini