Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan mengenai cara-cara untuk melakukan persediaan bagi menghadiri temuduga pekerjaan dan kemahiran yang boleh dipraktikkan semasa temuduga dilakukan.

 

Aktiviti :

  • Kemahiran yang terdapat pada diri seseorang merupakan satu kelebihan apabila ingin memohon sesuatu pekerjaan. Oleh itu, kita digalakkan untuk menambah pelbagai kemahiran yang ada bagi membolehkan kita mudah untuk mendapat pekerjaan. Melalui kelas pembelajaran yang diadakan, tenaga pengajar telah berkongsi akan kemahiran- kemahiran yang sering dicari oleh para majikan dan bagaimana cara untuk belajar kemahiran tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh : 21 Jun 2023 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 4 orang

 

Tujuan :

  • Untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai langkah-pertama yang perlu dilakukan jika ingin menghadiri sesi temuduga iaitu  menjaga penampilan diri agar tanggapan ahli panel temuduga terhadap calon dalam keadaan baik.

 

Aktiviti :

  • Menjaga penampilan diri dapat mempengaruhi keputusan ahli panel temuduga pekerjaan. Oleh itu, di dalam kelas yang telah dijalankan, tenaga pengajar telah mengajarkan tentang etika pemakaian yang sesuai jika ingin menghadiri sesebuah temuduga dan kekemasan diri yang perlu dititikberatkan oleh para calon temuduga.

 

Gambar disini

Tarikh : 19 Jun 2023 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

 

Tujuan :

  • Untuk berkongsi pengetahuan mengenai kelebihan mempelajari ilmu fizik dan dapat mengetahui tindak balas bahan campuran kimia semasa kajian dijalankan serta untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat bagaimana cara untuk mengeditkan sesebuah video dengan menggunakan aplikasi Adope Premiere Pro

 

Aktiviti :

  • Pautan video https://youtu.be/xC9kKEZKUG4 menunjukkan bagaimana cara pembuatan roket air dan juga tindak balas sesuatu bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan tekanan dalam projek tersebut serta untuk mendapatkan kualiti video yang bagus perlu menggunakan aplikasi yang terbaik seperti Adobe Premiere Pro. Pautan video- https://youtu.be/jPf1bvxEFL4  menerangkan cara yang betul ketika edit sebuah video yang menarik dengan menggunakan aplikasi tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 6 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberikan pengetahuan tentang dokumen penting yang perlu dibawa jika ingin menghadiri temuduga kerja dan cara untuk menghasilkan resume yang memenuhi kriteria pekerjaan yang ingin dimohon

 

Aktiviti :

  • Resume merupakan dokumen ringkasan bagi segala maklumat diri yang perlu dibawa ketika ingin menghadiri temuduga. Jadi di dalam kelas yang telah diadakan, tenaga pengajar telah berkongsi dan menunjukkan kepada peserta tentang maklumat penting yang perlu ada semasa menulis resume yang baik. Tidak ketinggalan juga, para peserta didedahkan bagaimana cara untuk menulis resume yang bagus dan taktik yang menarik agar panel temuduga tertarik untuk melihat resume tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

    • Untuk mendidik orang ramai agar tidak sewenangnya menyebarkan sebarang maklumat yang tidak betul serta untuk memberi pengetahuan cara membuat cover laporan yang menarik

 

Aktiviti :

  • Penyebaran maklumat palsu amat memberi kesan negatif terhadap masyarakat. Jadi, perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/-NoqXXamIAg adalah bertujuan untuk membanteras sebarang maklumat palsu dikalangan masyarakat serta kreativiti seseorang individu dapat dilihat melalui hasil kerjanya dan salah satunya adalah penyediaan laporan yang menarik.Video perkongsian di pautan https://youtu.be/kWEBRI3vA0k menunjukkan cara-cara menghasilkan muka hadapan laporan yang kemas dan menarik.

 

Gambar disini