Tarikh : 16 Julai 2023 (Ahad)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menghafal sifir dan menarik minat para pelajar sekolah mempelajari matematik dengan menjawab soalan dalam bentuk video permainan serta untuk mendidik seseorang melaksanakan sesuatu tugasan itu degan tertib dan sempurna. Melalui origami juga masyarakat akan dapat belajar mengenai keseimbangan dan simetri. Origami juga merupakan media komunikasi yang baik antara guru,pelajar dan ibubapa.

 

Aktiviti :

  • Anda masih membeli gadget tanpa memikirkan keselamatan anda menggunakannya. Melalui pautan video https://youtu.be/eUejGf6EU3g kita akan mendapatkan maklumat penting mengenai kelebihan memakai gadget yang mempunyai logo MCMC serta origami merupakan satu aktiviti yang dapat meningkatkan konsentrasi dan daya berpikir pelajar.Pautan video https://youtu.be/zTG-vRLgQUQ telah dikongsikan cara-cara bagaimana untuk melipatkan kertas menjadi bentuk dompet.

 

Gambar disini

Tarikh : 15 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 4 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mempelajari cara paling mudah menutup atau membuka komputer atau laptop dengan hanya menggunakan papan kekunci.

 

Aktiviti

  • Papan kekunci merupakan perkakasan komputer yang mempunyai pelbagai fungsinya. Papan kekunci merupakan komponen penting semasa menggunakan komputer. Oleh itu, pautan video https://youtu.be/I2JGZZTvzv0 menunjukkan bagaimana cara untuk membuka dan menutup komputer dengan papan kekunci.

 

Gambar disini

Tarikh : 13 Julai 2023 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 6 orang

 

Tujuan :

  • Untuk berkongsi maklumat kepada semua masyarakat mengenai cara untuk menggunakan Google bagi mencari segala maklumat dan informasi penting. Selain itu, bagi menggalakkan masyarakat mahir untuk menggunakan internet terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.

 

Aktiviti :

  • Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, Google merupakan satu platform yang paling penting dan penuh dengan maklumat. Oleh itu, di pautan video https://youtu.be/KfbWITrvk5s telah diterangkan bagaimana cara untuk menggunakan Google dengan cara yang betul bagi mencari sesuatu maklumat.

 

Gambar disini

Tarikh : 14 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 7 orang

 

Tujuan :

  • Untuk menarik minat masyarakat agar meningkatkan penguasaan dan pemahaman mereka dalam Bahasa Melayu dan menggalakkan komunikasi dalam Bahasa Melayu di kalangan kaum lain di Malaysia.

 

Aktiviti :

 

Gambar disini

 

Tarikh : 12 Julai 2023 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai pertanian pintar yang boleh dilakukan pada masa kini bagi membantu memenuhi keperluan bahan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pertanian pintar ini juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat kerana dengan penghasilan tanaman yang lebih banyak akan membantu masyarakat menjana pendapatan dan dapat menikmati tanaman yang berkualiti dan bebas daripada racun tanaman.

 

Aktiviti :

  • Pertanian pintar merupakan satu langkah terbaru yang makin dilaksana ketika ini. Ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani yang masih kekal mengusahakan pertanian secara tradisional. Melalui teknologi ini, masalah bekalan makanan juga dapat diatasi dan pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi dari segi jumlah penghasilan tanaman, kualiti tanaman terjamin dan sebagainya.Apabila menggunakan teknologi pertanian, risiko pencemaran juga dapat dikurangkan kerana sistem penanaman yang terlibat tidak menggunakan racun yang berlebihan.

 

Gambar disini