Tarikh  : 7 Jun 2018 ( Khamis)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada golangan muda mengenai dunia keusahawanan sejak

dari kecil lagi.

 

Aktiviti:

i.   Sebelum kelas keusahawanan dimulakan, para peserta diperkenalkan dengan FB page

     Pi1M Kuala Klawang dan FB page Menarik Jelebu.

ii.  Peserta diajar cara-cara membuka akaun e-mel bagi memudahkan proses membuka akaun

     Facebook.

iii. Setelah itu, para peserta perlu mendaftar akaun di Facebook dengan menggunakan e-mel

     masing-masing.

iv. Selepas itu, para peserta diajar cara-cara untuk membuat hebahan, cara memasukkan gambar

    produk masing-masing di FB page.

v. Petugas memberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan akaun Facebook page berbanding

    akaun personal dalam jualan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 6 Jun 2018 (Rabu)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan komuniti setempat dengan jenayah siber,berita palsu,penipuan

    kewangan dan oversharing. 

ii. Meningkatkan IQ peserta melalui permainan pendidikan.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak dan Tayangan video Klik Dengan Bijak

i.  Program ini mendedahkan kepada para peserta mengenai jenayah siber yang terdiri

    daripada empat penekanan utama.

ii. Tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) ditayangkan untuk tatapan peserta

    yang hadir disamping memberi kesedaran mengenai jenayah siber yang kian berleluasa.

 

IQ UNO Challenges

i.  Para peserta didedahkan dengan permainan IQ Challenge iaitu UNO Challenge.

ii. Peserta diajar cara-cara untuk menggunakan permainan IQ ini oleh petugas.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 24 Mei 2018 (Khamis)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 13 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai medium yang sering digunakan dalam

penghasilan video iaitu vlogging

 

Aktiviti:

Taklimat Check Your Label

Taklimat mengenai kepentingan memastikan setiap alatan komunikasi mempunyai label SKMM.

 

Kelas Video

i.   Para peserta diperkenalkan dengan alatan-alatan komunikasi yang boleh digunakan dalam

     penghasilan vlog masing-masing.

ii.  Setiap peserta melayari pelayar web untuk melihat contoh-contoh vlog yang dihasilkan disamping

     mendengar penerangan yang disampaikan oleh petugas Pi1M.

iii. Setelah itu, para peserta diajar cara-cara untuk membuat vlog dengan menggunakan telefon

     masing-masing.

iv. Kelas ini juga turut memperkenalkan aplikasi video editing di mana para peserta di minta untuk

    mengedit setiap vlog yang dihasilkan.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 1 Jun 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.   Memberi pendedahan berkaitan Online Grooming kepada pengguna internet

ii.  Menarik minat peserta untuk membuat latih tubi secara atas talian

 

Aktiviti:

Online Grooming

i.   Para peserta mendengar taklimat mengenai Online Grooming yang disampaikan oleh petugas Pi1M

     mengenai maksud online grooming, kesan online grooming terhadap kanak-kanak dan langkah-langkah

     yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini.

ii.  Seterusnya, para peserta menonton video mengenai online grooming dan sesi soal jawab dijalankan.

 

E-Learning

i.   Peserta menggunakan pelayar web dan membuat carian ke laman web www.mathsisfun.com

ii.  Dalam laman web ini, peserta-peserta perlu menyelesaikan 4 operasi iaitu tambah, tolak, darab

     dan bahagi dalam tempoh masa yang diberikan.

iii. Peserta dapat meningkatkan daya pengiraan mereka selain mengulangkaji subjek matematik.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 20 Mei 2018 (Ahad)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

i.   Mendedahkan komuniti setempat dengan jenayah siber,berita palsu,penipuan kewangan

     dan oversharing.

ii.  Mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah di Pi1M.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak

i.   Program ini mendedahkan kepada para peserta mengenai jenayah siber yang terdiri

     daripada empat penekanan utama.

ii.  Kuiz Kahoot dijalankan bagi menambahkan lagi pemahaman para peserta.

 

Permainan Catur

i.   Seterusnya para peserta diajar cara-cara untuk bermain permainan catur.

ii.  Para peserta melayari Youtube bagi melihat teknik-teknik bermain catur disamping penerangan

             yang disampaikan oleh petugas.

iii. Petugas membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil untuk bermain permainan ini.

 

Gambar disini