Tarikh  : 7 Ogos 2018 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai salah satu alat perhubungan atas talian

dan membantu perlaksanaan perniagaan secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.  Para peserta diajar menggunakan Microsoft Office Word bagi membuat huraian aktiviti

    perniagaan, pemprosesan makanan, jangkaan pendapatan,perkhidmatan yang ditawarkan

    dan lain-lain lagi.

ii. Para peserta turut diajar cara-cara untuk menggunakan Whatsapp Web dan Emel bagi tujuan

    perniagaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 3 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan komuniti setempat dengan jenayah siber,berita palsu,

    penipuan kewangan dan oversharing.  

ii. Memberi pendedahan dan menarik minat murid sekolah untuk menggunakan

    aplikasi pembelajaran atas talian untuk mengulangkai pelajaran.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak

i.   Program ini mendedahkan kepada para peserta mengenai jenayah siber yang terdiri

    daripada empat penekanan utama.

ii.  Tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) ditayangkan untuk tatapan peserta

     yang hadir disamping memberi kesedaran mengenai jenayah siber yang kian berleluasa.

 

E-Pembelajaran (subjek Matematik)

 i.  Kelas e-pembelajaran dijalankan bagi subjek Matematik.

ii. Peserta diajar melayari laman Proproff.com dan menjawab soalan yang disediakan dalam

    laman tersebut mengikut tahap atau sukatan pelajaran mereka.

iii. Selain itu peserta juga berbincang bersama rakan bagi menyelesaikan pengiraan.

iv. Setiap bahagian mempunyai beberapa operasi yang perlu diselesaikan seperti tambah,tolak,

    bahagi, darab dan pecahan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Julai 2018 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk belajar di Pi1M dan mendedahkan kepada pembelajaran

subjek sains secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.   Para peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web subjek sains iaitu

     www.turtlediary.com.

ii.  Peserta diminta untuk membuat assessment test yang berkaitan dengan solar system, energy

    dan plant.

iii. Setiap soalan mempunyai tempoh masa yang perlu diselesaikan dan setiap bahagian terdiri

    daripada 20 soalan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 24 Julai 2018 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan melupuskan

    alatan komunikasi dengan cara betul.

ii. Memberi pendedahan kepada peserta untuk menyediakan slaid persembahan

    dengan lebih menarik secara atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Mobile E-Waste

Para peserta mendengar taklimat yang disampaikan mengenai Mobile E-waste dan

seterusnya tayangan video turut dijalankan.

 

Kelas Multimedia (Prezi)

i.   Para peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web prezi.com bagi

     menyediakan slaid persembahan.

ii.  Para peserta diajar untuk menggunakan template yang disediakan.

iii. Peserta turut diajar menggunakan tools yang disediakan bagi membuat tulisan menarik,

    menambahkan ilustrasi, memasukkan gambar serta muzik dan pelbagai lagi mengikut

    kreativiti masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 21 Julai 2018 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

Membantu peserta menghasilkan reka cipta yang menarik secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.   Para peserta menggunakan pelayar web dan membuat carian berkaitan dengan produk-produk

     inovasi serta reka cipta yang menarik untuk dijadikan contoh.

ii.  Petugas membantu peserta menghasilkan reka cipta dengan menggunakan Microsoft Office Words.

iii. Peserta diajar menggunakan tools yang sedia ada.

iv. Peserta turut diajar cara untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik dan pemilihan warna-warna

    yang bersesuaian dengan lukisan yang dihasilkan.

 

Gambar disini