Tarikh  : 19 Mei 2018 (Sabtu)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang 

 

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta mengenai fungsi

Microsoft Excel.

 

Aktiviti:

Taklimat Dashboard Komuniti (MyHealth)

Membuat hebahan aktiviti di aplikasi Dashboard Komuniti

 

Bengkel Microsoft Office

i.   Para peserta diajar mengenai fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Excel.

ii.  Peserta diajar cara-cara untuk menggunakan tool bar yang disediakan seperti

     memasukkan rumus-rumus atau formula.

iii. Mereka turut diajar cara untuk membuat format bagi setiap cell.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 19 Mei 2018 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 13 orang

 

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta mengenai  fungsi

Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.

 

Aktiviti:

Taklimat Sebenarnya.my

i.   Tayangan video

 

Bengkel Microsoft Office

i.   Para peserta diajar mengenai fungsi-fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan dalam

     kerja-kerja membuat surat, jadual dan sebagainya dengan menggunakan variasi Word Art,

     Layout dan sebagainya yang terdapat di toolbar yang disediakan.

ii.  Para peserta turut diajar cara-cara memasukkan gambar dan mengedit gambar berkenaan

    dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word.

iii. Seterusnya, para peserta diajar menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan

    slaid persembahan masing-masing.

iv. Di dalam bengkel ini juga membantu para peserta dalam menghasilkan slaid persembahan

    yang lebih menarik dengan menggunakan toolbar yang disediakan.  

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 13 Mei 2018 (Ahad)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu para pelajar mengenai surat khabar atas talian

 

Aktiviti:

i.   Petugas memulakan kelas dengan taklimat aplikasi dashboard dan menerangkan

     mengenai Myshop kepada para peserta.

ii.  Para peserta turut menjawab kuiz dashboard dengan bantuan petugas Pi1M.

iii. Setelah itu, para peserta diajar mengenai Online newspaper, kepentingannya,

    jenis-jenis online newspaper yang berkaitan pembelajaran seperti Didik BH dan sebagainya.

iv. Para peserta turut diajar cara-cara untuk membuka akaun di laman web berkenaan dan tayangan

    video mengenainya.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 14 Mei 2018 (Isnin)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara membuat

pendaftaran secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.   Peserta menggunakan pelayar web dan membuat carian ke laman web

     www.eghrmis.gov.my.

ii.  Peserta diajar cara untuk mendaftar akaun dan cara untuk mengakses laman

     web berkenaan.

iii. Hanya guru-guru tadika sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.

iv. Bagi pengguna baru, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna.

v. Sistem pendaftaran atas talian ini diwujudkan bagi memudahkan para peserta menggunakan

    laman web  ini bagi melihat sasaran kerja tahunan, laporan penilaian prestasi tahunan

    dan sebagainya.

 

Gambar disini

Tarikh  : 8 Mei 2018 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pelupusan e-Waste

    dengan betul

ii. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara untuk membuat video

   dengan mudah

 

Aktiviti:

Taklimat Mobile E-Waste

i. Tayangan video

 

Kelas video editing

i.   Petugas membantu pelajar-pelajar untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

ii.  Setelah itu, para peserta diajar cara-cara untuk mengedit video dengan menggunakan

     aplikasi VSDC Free Video Editor.

iii. Para peserta diajar cara-cara untuk memasukkan gambar, video, audio, gaya tulisan dan

    sebagainya.

iv. Setiap peserta perlu menyediakan video ringkas mengenai Pi1M Kuala Klawang berdurasi 3 minit

     dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

 Gambar disini