Tarikh   : 22 Februari 2018 (Jumaat)
Masa     : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta : 15 orang

 

Tujuan:

Memperkenal satu platform untuk usahawan mengembangkan perniagaan

secara atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Agrobazaar Online

i. Peserta diajar cara membuka akaun Agrobazaar dengan menggunakan

   emel masing-masing.

ii. Peserta turut diajar cara untuk membuat logo perniagaan, cara memasukkan

   gambar produk, cara mengedit gambar secara atas talian (foto fuzes) serta

   cara-cara membuat posting yang menarik.

 

Gambar: Program Taklimat dan Pendaftaran Agrobaazar Online

Tarikh  : 18 Februari 2018 (Ahad)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mengasah bakat dan memupuk golongan pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam

seni reka bentuk.

 

Aktiviti:

Penggunaan aplikasi baru secara atas talian

i. Peserta latihan diajar cara untuk mengedit gambar secara atas talian dengan

   menggunakan aplikasi di www.fotojet.com.

ii. Peserta diajar menggunakan tools sediada dan gambar yang berkaitan dengan tema

   Tahun Baru Cina.

iii.Mereka turut diajar gaya tulisan yang menarik, menggabungkan gambar, membuat efek

   semulajadi, membuang bahagian yang tidak diperlukan dan lain-lain.

 

Gambar: Kelas Poster sempena Tahun Baru Cina

Tarikh  : 13 Februari 2018 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif.

 

Aktiviti:

Menghasilkan origami

i. Peserta dikehendaki melayari laman web Youtube untuk mencari video

  origami beserta langkah-langkah untuk menghasilkan origami.

ii. Origami ini menggunakan barangan terpakai seperti kertas terpakai dan surat khabar.

iii.Peserta dikehendaki menghasilkan origami mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar: Aktiviti Origami Berpandu

Gambar: Taklimat Mobile E-Waste

Tarikh  : 14 Februari 2018 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

i. Memberi pendedahan kepada golangan muda mengenai dunia keusahawanan.

ii. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu perkara.

 

Aktiviti:

Kelas Keusahawanan

i. Peserta diajar untuk menggunakan Microsoft Office Excel 2010 dengan menggunakan

   tool bar yang terdapat dalam Microsoft Office tersebut.

ii. Peserta diajar cara untuk membuat jadual belajar harian dengan menggunakan

    Microsoft Excel.

iii. Peserta diajar cara untuk membuat kotak, gaya tulisan, dan sebagainya dengan

    menggunakan Microsoft Excel.

iv. Para peserta turut diajar cara menyimpan dan memadam dokumen serta membuat

    folder untuk dokumen yang telah dibuat. 

 

Gambar: Latihan Keusahawanan (Microsoft Excel)

Gambar: Taklimat Sebenarnya.my

Tarikh  : 11 Februari 2018 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mendedahkan kepada peserta penggunaan Microsoft Office Word dan menarik minat

peserta untuk belajar di Pi1M.

 

Aktiviti:

Kelas Membuat Surat Rasmi

i. Peserta telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat

  di dalam Microsoft Office Word.

ii.Selepas itu, peserta diajar mengenai jenis-jenis penulisan, format surat rasmi

  dan sebagainya. 

 

Gambar: Kelas Membuat Surat Rasmi

Gambar: Taklimat Check Your Label