Tarikh: 16 Disember 2017 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang – 6.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan: 

Mendedahkan para peserta  kepada dunia keusahawanan dan mengasah bakat

pelajar mengenai suntingan video.

 

Aktiviti: 

Suntingan video

i.   Peserta didedahkan dengan aplikasi Filmora bagi membuat video ringkas.

ii.  Setiap peserta diberi tiga jenis produk untuk diletakkan di dalam video. 

iii. Peserta memuat turun gambar dan memasukkan gambar ke dalam aplikasi ini.

iv. Peserta turut diajar cara memuat turun lagu yang bersesuaian untuk dimasukkan

    ke dalam video masing-masing.

v. Selepas video siap, peserta diminta untuk menayangkan video mereka di

    skrin projektor.

 

Gambar: Suntingan video produk

Tarikh: 15 Disember 2017 (Jumaat)

Masa: 3.00 petang – 5.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan: 

Menarik minat peserta untuk belajar di Pi1M.

 

Aktiviti: 

Kuiz Kahoot KDB 

Penekanan empat aspek dalam klik dengan bijak iaitu:

i.  Terlebih kongsi maklumat (Oversharing)

ii.  Buli siber

iii. Berita palsu

iv. Penipuan kewangan

 

Pembelajaran atas talian

i.   Peserta didedahkan dengan pembelajaran bahasa inggeris secara atas talian.

ii.  Peserta membuat carian ke laman web thewordsearch.com dan memilih

     the band musician search dan algebra word search.

iii.  Dalam permainan ini peserta perlu mencari perkataan bahasa inggeris

     yang diberi di dalam susunan huruf yang berterabur.

 

Gambar: Kelas E-Pembelajaran (Bahasa Inggeris)

Gambar: Taklimat Klik Dengan Bijak

 

 

 

Tarikh: 9 Disember 2017 (Sabtu)

Masa: 2.00 petang – 5.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan:

Mendedahkan para peserta  kepada dunia keusahawanan.

 

Aktiviti:

Menggunakan Microsoft Office Publisher 2010

i.   Peserta menghasilkan business card menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.

ii.  Peserta mencari corak yang diminati menggunakan web carian, memuat

    turun dan memasukkan gambar tersebut ke dalam business card masing-masing.

iii. Peserta mengedit gambar tersebut dengan menukar warna, tulisan dan

    menambah nama mereka pada kad tersebut.

 

Gambar: Business Card Class 

 

 

Tarikh: 13 Disember 2017 (Rabu)

Masa: 2.00 petang-5.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan:

Memberi pendedahan pada penggunaan internet dengan bijak dan selamat

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak beserta tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)

i. Peserta mendengar penerangan mengenai 4 elemen Klik Dengan Bijak iaitu

  buli siber, maklumat palsu, penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat.

 

Menaip dengan pantas

i. Peserta melayari laman web: https://typing-speed-test.aoeu.eu

ii.Peserta menguji kemahiran diri untuk menaip dengan pantas dalam

   masa yang ditetapkan

 

Gambar: Taklimat Klik Dengan Bijak

Gambar: Fast Typing Race

 

Tarikh: 8 Disember 2017 (Jumaat)

Masa: 2.30 – 5.30 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

 

 

Tujuan: 

Memberi pendedahan pada komuniti mengenai Dashboard  Pi1M.

 

Aktiviti: 

Eksplorasi Dashboard Komuniti 

i.   Peserta yang sudah menjadi ahli Pi1M boleh membuka aplikasi ini samada

    secara atas talian atau menggunakan telefon pintar.

ii. Aplikasi ini mengandungi My Skool, My Komuniti, My Soal, My Health

    dan poster.

 

Gambar: Eksplorasi Dashboard Komuniti