Tarikh  : 9 Februari 2018 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai salah satu alat perhubungan atas talian.

 

Aktiviti:

Kelas Media Sosial

i.  Peserta mendengar penerangan mengenai jenis-jenis domain emel seperti

    gmail, yahoo, msn dan sebagainya.

ii.  Peserta juga belajar cara membuat akaun emel sendiri dan cara menghantar serta

    membaca emel.

iii. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan akaun media sosial iaitu Instagram.

iv. Peserta diajar cara membuka akaun Instagram dan kegunaannya. 

 

 Gambar: Latihan Asas Media Baru (emel dan Instagram)

 Gambar: Klik Dengan Bijak

Tarikh  : 2 Februari 2018 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang-5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk belajar di Pi1M.

 

Aktiviti:

Kelas E-Pembelajaran subjek Bahasa Inggeris

i.   Peserta didedahkan dengan pembelajaran Bahasa Inggeris yang menarik

    secara atas talian.

ii. Peserta dikehendaki melayari laman web www.lyricstraining.com.

iii.Peserta dikehendaki menaip sambungan lirik lagu dalam bahasa inggeris

    mengikut tempoh masa yang diberi sehingga lagu berkenaan tamat. 

 

Gambar: Don’t Forget the Lyrics

 

 

 

 

Tarikh  : 26 Januari 2017 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk belajar di Pi1M dan mendedahkan kepada pembelajaran

matematik secara atas talian.

 

Aktiviti: 

Kelas E-Pembelajaran subjek Matematik

i. Peserta didedahkan dengan laman-laman web e-pembelajaran seperti www.tutor.com.my,

  www.bharian.com.my dan sebagainya. 

ii. Peserta membuat carian ke laman web www.oneminutemaths.com.my dan perlu menyelesaikan

   soalan matematik mengikut kategori yang telah dipilih oleh petugas.

iii.Dalam challenge ini, peserta perlu menyelesaikan soalan matematik yang diberi yang merangkumi

   operasi tambah, tolak, darab, bahagi, dan pecahan.

iv.Peserta perlu menyelesaikan semua soalan dalam tempoh 1 minit bagi setiap operasi matematik. 

 

 Gambar: One Minutes Challenge (Subjek Matematik)

Tarikh: 27 Januari 2018 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 9 orang

 

Tujuan:

Mendedahkan para peserta kepada dunia keusahawanan.

 

Aktiviti:

Latihan Keusahawanan

i. Petugas menerangkan kepada peserta cara-cara membuat blog dan kepentingan blog

  dalam membantu usahawan-usahawan berniaga.

ii. Selepas itu, peserta diminta untuk membuat blog masing-masing mengikut kreativiti

   masing-masing dengan bantuan dari petugas-petugas Pi1M.

iii.Peserta diajar kaedah memasukan gambar, video produk, teknik tulisan yang menarik

  dan template-template yang bersesuaian. 

 

 Gambar: Kelas E-Perniagaan (Blog)

Tarikh  : 21 Januari 2018 (Ahad)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

i. Mendedahkan kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu maklumat

   yang diterima.

ii. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai cara mengenalpasti alatan

    telekomunikasi yang selamat digunakan.

 

Aktiviti:

Kuiz Kahoot dan Tayangan video

i. Peserta mendengar penerangan mengenai 4 elemen: Klik Dengan Bijak,

   Sebenarnya.my, Check Your Label dan Mobile E-Waste.

ii.Peserta turut melayari laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan

   sesuatu cerita. 

 

 Gambar: Aktiviti Advokasi MCMC dan Sebenarnya.my