Tarikh: 5 Disember 2017 (Selasa)

Masa: 9.30 pagi- 11.30 tengahari

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan: 

Pendedahan mengenai asas komputer dan perkakasan beserta

asas-asas penjagaan komputer.

 

Tujuan: 

Kuiz Asas Komputer 

i.  Peserta didedahkan dengan pengenalan asas komputer

   dan perkakasan.

ii. Peserta turut didedahkan mengenai kemudahan - kemudahan

   yang terdapat di PI1M.

 

Gambar: Kelas Pengenalan Asas Komputer 

 

 

Tarikh: 2 Disember 2017 (Sabtu)

Masa: 2.00 petang - 4.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada para peserta cara membuat poster

secara atas talian.

 

Aktiviti:

Kelas online editing 

i.  Peserta diajar cara untuk mendaftar dan membuat akaun

   dalam aplikasi Canva.

ii. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengaplikasikan pelbagai

    template yang boleh digunakan dalam pembuatan poster.

 

Gambar: Aktiviti Menghasilkan Poster Maulidur Rasul

 

 

Tarikh: 18 Oktober 2017 (Rabu)

Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Pi1M Ulu Seperi, Jelebu, N.Sembilan

 

 

Tujuan:

i.  Untuk melahirkan komuniti sihat perkasa disamping berpengetahuan IT.

  • ii. Untuk Mengukuhkan ukhwah diantara berbilang kaum.

 

Aktiviti: 

Program “MOH SIHAT”

i.     Aktiviti bermula dengan pendaftaran pengunjung.Setelah mendaftar,

       aktiviti senaman(aerobik) dijalankan.

ii.    Aktiviti diteruskan dengan 10,000 langkah mengikut laluan yang telah

       di tetapkan.

iii.   Sarapan pagi diberi setelah peserta menamatkan 10,000 langkah.

iv.   Aktiviti kanak-kanak pula bermula selepas sarapan pagi seperti

      mewarna untuk peserta bawah 6 tahun dan acara menyusun “jig-saw”

      untuk peserta 7 tahun - 9 tahun dan 10 tahun – 12 tahun.

v.    Program Advokasi dan Keusahawan diteruskan oleh pihak Pi1M

      Ulu Seperi dan dibantu oleh Pi1M Titi dan Pi1M Kuala Klawang.

vi.   Aktiviti diteruskan dengan ceramah dari Dr Nadiah Bt Damanhuri.

vii.  Ketibaan YB Dato’ Hj Jalaluddin Hj Alias lagi memeriahkan program

      tersebut dengan diiringi nyanyian lagu negaraku serta bacaan doa

      dari Masjid Qariah Kg Seperi.Program ini diteruskan dengan ucapan

      Pengerusi Konspen, Pegawai Kesihatan Daerah Jelebu.

viii. Acara terakhir adalah penyampaian hadiah dan cenderahati serta

      cabutan bertuah.

 

1111        2222

3333        4444

5555        6666

7777

 



Tarikh: 22 Oktober 2017 (Ahad)

Masa: 10.00 – 1.00 petang

Tempat: Pi1M Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

 

 

    • Tujuan: 

      i. Untuk membolehkan peserta membuat fotografi produk secara profesional. 

      • ii.Untuk menjadikan peserta lebih kreatif dan inovatif.

 

Aktiviti: 

Kelas Foto Fuze 

i.  Petugas menerangkan tentang FotoFuze kepada peserta. 

ii. Selepas penerangan, peserta diminta melakukan praktikal dengan

    menggunakan aplikasi(FotoFuze) tersebut. 

iii.Setelah selesai mengedit, peserta diminta menghantar kepada

    petugas hasil yang telah diedit. 

 

1        2

3

 

Tarikh: 14  Oktober  2017 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat: Perpustakaan Desa Sg Rotan 1

 

 

        • Tujuan:

        • i.   Menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat

        •      mengenai modul advokasi E-waste & Klik Dengan Bijak serta Check Your Label.

        • ii.  Menyedarkan peserta mengenai strategi penerokaan maklumat yang tepat dan

        •      cepat melalui ICT. 

        • iii. Memberi input baru mengenai cara mengenalpasti alatan telekomunikasi

        •      yang selamat untuk digunakan.

 

Aktiviti:

Taklimat Advokasi MCMC

            i. Peserta diterangkan mengenai PI1M seperti caj keahlian, perkhidmatan

              yang ditawarkan di PI1M, waktu operasi dan lain-lain.

           ii.Peserta turut diberi taklimat tentang Modul Advokasi Klik Dengan Bijak,

              Check Your Label dan Mobile e-Waste.

 

111        222

333        444