Tarikh  : 20 Julai 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

ii. Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai salah satu alat perhubungan atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Sebenarnya.my

Peserta mendengar taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan

sesuatu cerita.

 

Kelas Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (E-mel)

 i.  Para peserta mendengar penerangan mengenai jenis-jenis domain emel seperti yahoo, gmail,

     msn dan sebagainya.

ii.  Peserta turut diajar cara-cara untuk membuka akaun emel sendiri.

iii. Mereka diajar cara untuk menghantar emel dan membuka emel yang diterima.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Julai 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 9 orang

 

Tujuan:

i.  Menarik minat peserta untuk belajar di PI

ii. Memperkenalkan kepada peserta mengenai kemudahan aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti:

Taklimat Dashboard Komuniti

i.  Para peserta diterangkan mengenai komponen-komponen yang terdapat di dalam

    aplikasi Dashboard Komuniti.

ii. Peserta diajar cara-cara untuk membuat hebahan di My Komuniti, pemeriksaan kesihatan

    menggunakan My Health dan sebagainya.

 

Kelas E-Pembelajaran (Mewarna Online) bersama pelajar sekolah rendah.

i.   Para peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web mewarna secara

     atas talian.

ii.  Setiap peserta perlu mewarna gambar yang diberi mengikut contoh yang diberi.

iii. Warna yang dipilih mestilah sama dengan contoh yang diberi.

iv. Hal ini meningkatkan ketajaman mereka dalam memilih warna yang betul disamping

    membentuk sifat sabar dalam menyelesaikan masalah.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 6 Julai 2018 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Menarik minat pelajar untuk belajar di PI1M.

 

Aktiviti:

i.  Petugas membantu pelajar-pelajar menggunakan Microsoft Excel bagi menyediakan

    akaun-akaun yang berkaitan dengan kerja kursus peserta.

ii. Para peserta diajar cara-cara membuat kotak, menghasilkan penyata pendapatan, kunci kira-kira

   dan sebagainya.

iii.Para peserta turut diajar kaedah memasukkan formula bagi memudahkan proses pengiraan tanpa

   menggunakan kalkulator.

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 Julai 2018 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan pada penggunaan internet dengan bijak dan selamat.

ii. Memberi input baru mengenai cara mengenalpasti alatan komunikasi yang selamat

    digunakan serta cara-cara melupuskan alatan telekomunikasi yang rosak dengan betul.

iii.Meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip secara cepat dan tepat.

 

Aktiviti:

Advokasi MCMC

i. Peserta mendengar penerangan mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak, Check Your Label

   dan Mobile E-Waste.

ii.Selepas itu, peserta menonton tayangan video yang telah disediakan.

 

Fast Typing Race

Kelas diteruskan dengan aktiviti rapid typing di mana para peserta perlu menaip teks

Bahasa Inggeris dalam tempoh masa yang disediakan tanpa membuat sebarang

kesalahan seperti tatabahasa dan sebagainya.

 

Gambar disini

Tarikh  : 1 Julai 2018 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan komuniti setempat dengan jenayah siber,berita palsu,penipuan kewangan

    dan oversharing.  

ii. Menarik minat peserta untuk belajar di Pi1M disamping membantu para peserta belajar melalui

    laman web e-pembelajaran secara atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak

i.  Program ini mendedahkan kepada para peserta mengenai jenayah siber yang terdiri daripada empat

    penekanan utama.

ii. Tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) ditayangkan untuk tatapan peserta yang hadir

    disamping memberi kesedaran mengenai jenayah siber yang kian berleluasa.

 

E-Pembelajaran (Quizizz)

i.   Kelas e-pembelajaran dijalankan bagi subjek Bahasa Inggeris.

ii.  Para peserta diajar cara-cara untuk mendaftar akaun di Quizizz.com dengan menggunakan e-mel

     masing-masing.

iii. Mereka turut diajar cara untuk menggunakan laman web berkenaan.

iv. Petugas Pi1M telah menyediakan beberapa soalan Bahasa Inggeris untuk para peserta.

v. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan.

vi.Peserta terawal serta menjawab kesemua soalan dengan betul dikira sebagai pemenang.

 

Gambar disini